TINGGAL
PESAN?
|
|
|
YANG LEPAS |
|
|
|
|
|
|
Saturday, April 14, 2007
Streamyx
Mushroom sekarang bukan Mushroom yg dulu lg. Mushroom sekarang Streamyx kat umah. Dah boleh online kat umah. Dah boleh surf internet lama-lama. Dah leh jalan2 ker blog orang sesuka ati. Dah ngadap PC berjam-jam. Dan terbiar lah umah Mushroom ni nanti. Alahai lagi...
Semalam, balik dgn mirgain dr opis. Ni sumer dr KWSP lah ni. duk berjam2 tunggu giliran. Ah moi robot yg duk sebut no giliran tu tak henti2 bercakap. Tambah2 dengan orang yang ramai gilak. Sampai buat aku migrain.
Balik umah ingat nak rehat. Makan ubat dan cuba tido. Tak sampai setengah jam lena, HP bunyi. Sapalah kacau ni. Rupanya mamat kedai TM tu yg call. Orang nak pasang Streamyx setengah jam lagi katanya. 'Get ready eekk.' Setengah jam lagi?
Macam lipas kudung aku bangun dr katil. Tak ingat pun migrain tak ilang lg. Yer aaa..Ruang tamu bersepah harah. Dapur pun sama. Dah lah masuk2 jer pintu depan tu terus nampak dapur. Sapa ntah arkitek rumah ni dulu. Sumbat2 dalam dapur sumernya, tutup pintu rerapat. Tak lama, org pun bg salam depan rumah.
Tgh2 pok cik tu pasang Streamyx, azan Maghrib pun berkumandang. Tak sangka eekk vendor ni buat keje time2 macam tu. Tak sangka plak aku akan dapat Streamyx ni secepat ni. Best2...
Lepas tu, tak ingt pun migrain td, terus surf internet sampai tgh mlm. Bila kepala dah berdenyut balik baru aaa ingat nak mkn ubat lagi. Aduhhhhh...sakit!!!
Makan ubat, bg makan kat Bintang dan Orked...Tido...Tido...Tido...
Streamyx Streamyx Streamyx...
Eh, mimpi ker?
Thursday, May 25, 2006
Sotong Kering, Pangkor Part 2.
Sabtu,20 Mei 2006. 6.00 pg. Adush..bila nak sampai ni? Dap dup dap dup ni pasal plak tak ilang?. Kak Ungku dah SMS. Zhoulsz pun dah SMS. Diorg dah sampai. Perancangan awal, aku yg sampai dulu. Laaa ni, diorg plak yg dah lepak2 mkn roti canai kat Lumut tu dah. Cepatlah abg driver bas...
8.00 pagi Ish, ish. Sampai jugak akhirnya. Uish, terharu den ni haaa. Lagi terharu pasal Kak Ungku dgn bodyguardnya siap dtg jemput dr bustation ker kete 'Wajah Kak Ungku'.Bestnya bestnya. Pangkor, here i come!!!!!!!!!
8.30 pagi Dah ada atas feri dah. Bestnya udara laut. Bestnya air laut. Bestnya laut...sumer pon best. Sempat posing2 ngan Kak Ungku dan Azib atas feri lagi.
Sampai2 jer kat jeti Pangkor tu, terus naik teksi kaler pink yg shomel tu. Ingatkan jauh ler Resort kak Rosram dr jeti. Rupanya tak sempat nak panas punggung dah sampai dah. Kak Rosram dah sedia menanti rupanya. Salam-salam, kiss, kiss pipi sikit (biasalah awek2 GJ mmg salam2 mcm tu kan)pastu kitorg sumer terus gi breakfast nasi lemak. Rerasa td kak Ungku kata diord dah mkn roti canai kat kedai mamak td. Tp apasal masing2 mcm belum mkn jer gayanya? Lepas mkn2, minumk2, borak2 sikit, terus masuk bilik dan layan mata plak. Habis sumer tumbang. Tinggal Azib sorang jer terkebil2 tengok Astro yg hanya ada 2 channel tu jer.
Tengahari. Rombongan GJ yg lain tiba. Kitorg yg dah siap tido ni, setia menanti kat front door. Mcm penyambut tetamu. Cuma tak der skirt rambu-ramba dan kalung bunga orkid. Bestnya bestnya...ramainya org. meriahnya....
Makan, makan...minum, minum...
Urgh...ada sesi suai kenal lah plak. Nak kena buat public speaking ker? Pasal ler korang tanya macam2? Korang tak nampak ker aku dah ketaq2 kat depan tu? Dah tu yg peliknya, aku sampai rasa pipi aku plak yg gigil2. Susah betul aku nak cakap. Peliknya, pasal ler ngan GJ jer aku masih tak leh nak kawal ketaq tu? Kat tmpt lain, ngan komuniti lain ok jer...
(p/s: ciri2 lelaki idaman aku tu tipu jer. Mana plak aku nak cr lelaki yg ada 7 biji banglo tu? Sampai sudah ler aku membujang).
Petang. Ada game bola tampar. Ada acara bebas. Ada acara makan2 buah jambu cicah kuah rojak Mak B yang World.Disponsor oleh kak Nis. Dalam ramai2 pemain bola tampar tu, yg paling best dan menonjol ialah.........Tukang Sorak : Cik Daun. Sokongan penuh dan cheer oleh Cik Daun telah membuatkan pemain2 GJ terkejut beruk hingga terlepas bola. Cayalah Cik Daun. Mmg memeriahkan suasana.
Dah kenyang mkn-mkn buah jambu, kitorg gi celup2 badan kat air laut plak. Lama dah tak mandi pantai. Best aaa airnya bersih, hijau. Cuma pantainya agak curam dan ombak agak kuat.Selalu ler kena bertugas jadi penyelamat Kak Elaira dan kawannya yg asyik terbawa dek ombak. Heheheh. Lenkali kita belajar berenang eekk. Ulang suara. Kita. pasal aku pon tak pandai berenang...Hahahahah.
Lepas celup2 dalam air masin, celup2 plak dalam air tawar. Sumer pakat ramai2 terjun kolam hotel orang. Pasal kolam renang hotel org lagi best..Heheheh. Rasa cam tak nak kuar. Seronok sangat berendam. Nasib baik hari nak malam. Naik oiii naik. Senja dah tu...
Malam lah plak.
Mandi wangi-wangi. Pakai lawa-lawa. Makeup cantik-cantik. Makan kenyang-kenyang. Dapat makan anak sotong bakar (tu pon setelah berebut2 dgn ND), udang bakar..nyam-nyam-nyam.Juga ikan bakar yg fresh. Erkkkk..Alhamdulillah. Tapikan...sepanjang acara makan-makan tu, kak Ungku ilang plak. Kata balik bilik kejap. Mana plak dia gi? Nasib baik hero kecik dia yg shomel ni tak sibuk2 cari. Senang jerk aku nak layan.
Geju Idol... Kemeriahan malam ditambahkan plak dgn acara Geju Idol. Karaoke laaaa. Masing2 mulalah nak tunjukkan bakat terendam tu. Agaknya pasal ptg td dah rendam habis...laaa ni kembang sumer dah bakat-bakat tu. Paling best, lagu Mimpi Syakila oleh Spyz. Uish...terkedu aku tengok dan dgr Spyz nyanyi. Yer ker Spyz ni?? Macam tak caya jer..Lepas satu lagu, satu lagu....satu lagu, satu lagu...
Tak sempat nak sampai tgh mlm, Cinderella ni kena balik dah. Takut plak baju yg lawa-lawa ni bertukar jd kain buruk. Kantoi plak karang. Huhuhuuh.. Ngantuk laaa. Ngantuk yg amat. Tambah-tambah plak didodoi dek suara2 bakal2 Geju Idol tu. Tambah2 ler aku lentok. Maka, dalam kesayupan lagu Ekspress Rakyat tu aku dah mula dibuai lena kat dalam selimut. Ntah bila Ina masuk, ntah bila Kak Ungku masuk dalam selimut sebelah aku pon tak sedar. Penangan ombak laut.
Ahad. 21 Mei 2006.
Apa lah Z ni call pepagi ni?? Kacau org nak tido..Ngantuk aaa... "Hello" 'Helllllloooooo........' "Tak bangun lagi" 'Awal lagi laaaaaaaa' "Dah nak kul 7.30 lah" 'Erk! 7.30??' 'ok, ok. Nak mandi..Bye'
Bangun..bangunlaaa... Sejuk aaaa air. Air cond pon sejuk gilos.
Dah siap-siap sumer, gi makan bekpes plak. Sambil2 tu riuh-riuh nak gi Island Hopping dan snorkeling. Yes, yes. Saya nak jugak..(nampak tak aku angkat tangan tinggi-tinggi ni?)
Maka berduyun-duyunlah anak GJ, mak GJ dan bapak GJ ni menuju ker tmpt nak naik bot tu. Sekali jalan, 2 bot penuh. Round-round pulau. Pusing-pusing island. Tengok-tengok batu, batu penyu, ikan paus, buah epal, buaya, orang baring dan mcm2 lah lagilah. Subhanallah. Kebesaran Allah. Kagumkan tengok batu2 tu boleh berbentuk sebegitu rupa. Paling best sekali batu ikan paus. Siap ada sebatang pokok kecik atas kepalanya. mmg mcm air pancut atas kepala ikan paus sebenar. Chomelllllllll.
Nampaknya tak sumer yg gemarkan snorkerling. Mmg tak best sgt pon pasal ombak agak kuat, air agak keruh. Nasib baik jer ikan tu ada belang2 kaler kuning. Kalau ikan tu full kaler kelabu...mmg tak nampak apa pun. Dah ler aku kena tanggal cermin mata. Sah-sah rabun lagi meraban. Tapi, main air mmg syiokkkkkkkkkk....Lenkali mmg nak snorkeling lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi....
Balik dr Island Hopping, acara berendam-rendam lagi dalam kolam renang orang. Macam tak nak naik dah...
Pusing-pusing pulau. Lepas lunch (ikan goreng rangup tu mmg best sangat), 2 van sekali jalan round2 satu pulau. Kalau td round2 ikut jalan air, laaa ni ikut jalan darat plak. Singgah-singgah kat kilang makanan laut kering tu. Wooiisshhh, masing-masing shopping sampai tak cukup tangan nak bawak. Beg plastik tu lebih besar dan gemuk dr teddy badak aku yg gemukkkkkkkk tu. Ambik tu, ambik ni...murah-murah maaaa...Time tu jugak lah dok congak-congak org yg dah tunggu buah tangan dr kita bila balik sana. Mana nak bg mak, nak bg atuk, nak bagi kawan, nak bg budak opis, nak bg org yg tersayang...Sudahnya untuk diri sendiri yg tak der..hehe(aku lain, aku beli untuk diri sendiri dulu baru beli untuk org lain)
Lagi singgah kat Kubu Belanda. Panas yaaa amat. Terus jer aku masuk kat kedai cenderamata tu. Rupa-rupanya ada org yg buat video klip belanda kat dalam kubu nun. Sesambil tu, sempat pilih2 key chain untuk bebudak opis 2-3 org tu. Mana yg kamcing jer laaa. Pastu, uncle driver teksi pink tu bawak kitorg gi tokong cina plak. Apa kah motif sebenarnya tak tahu laaaa aku. Kat situ ada puppet show, ada tembok besar China mini, ada kura2 yg comel2 dan banyak-banyak, ada kolam dan ada ikan arapaima yg godang-godang dalam kolam tu.
Last singgah kat kedai2 cenderamat kat pekan Pangkor tu. Time ni, dah penat sgt, dah dah tepu dah dgn makanan-makanan laut. Maka, kitorg just duduk lepak tepi van jer. Dek kerana buhsan dan rasa nak mengunyah-ngunyah, aku beli kerepek nangka jer. Dah muak dgn sea food (sementara wamtu jer muaknya pon) Makan-makan kerepek nangka, minum-minum air lagi, borak-borak , posing-posing...
Ok, ok. Jom balik resort. Kemas-kemas, check out dan posing2 amik gambar reramai. Bertolak gi jeti, naik feri reramai...Eh eh, pasal plak sayu ati aku nak tinggalkan Pangkor ni? Korang rasa tak?
Sesampai kat Lumut, kumpul2, ucap2 selamat oleh bos projek, Abg Momo ( Sebenarnya aku tak tahu pon pasal pa diorg panggil abg Momo, aku ikut jer. Hahahahah )
Salam-salam. Peluk-peluk (khas untuk awek-awek sahaja tau. Posing-posing. Dan Ta ta. Huuuuuuuuuuu, sayunya hati aku ni.....
Tumpang Kak Salina sampai Ipoh. Ada sekali dlm keta ; kak Azah Hanyasayang dan Ajid. Sampai Ipoh, amik tiket bas terus ke JB. Nasib baik ada lagi tiket ni. Dapat jugak aku balik JB...8.30 mlm, naik bas dan Zzzzz....Eh, dah tido? Ha ah, Nak tido laaa. Biar sampai cepat..Huhuhuh...
p/s : sampai JB 4.00 pagi. Sampai umah 4.30 pagi.
Tuesday, July 12, 2005
Lari Dari Opis dan Perang Antara Dunia.
Lari dr opis, seawal jam 4 ptg.Gi tengok wayang, War of The World.Takut, tu yg aku rasa time tengok citer tu. Tengok citer hantu pon tak setakut tu. Takutlah kalau2 mala petaka mcm tu betul2 terjadi, apa aku nak buat? Mana aku nak berlindung? Sapa di sisi aku?
Korang perasan tak idea cerita tu lebih kurang untuk menceritakan perihal Dajal. Dajal yg sememangnya ada di bumi ni sejak dulu lagi. Yg bila-bila masa saja akan bangkit atau muncul memusnahkan muka bumi dan segala manusia. Persamaannya ada, cuma olahannya berbeza.
Berbalik pd cerita War of The World tu, tak sangka di akhir cerita rupanya makhluk yg paling kecil lah yg menewaskan alien2 tu. Di awal cerita ada dikatakan, di luar sana ada makhluk asing yg cemburu yang lebih bijak pandai, sedang memperhatikan manusia di muka bumi ni.Rupanya, ada jugak tak bijaknya si hodoh dr angkasa tu. Kalau dia memperhatikan segala macam manusia ni, kehidupan kita dimuka bumi ni, tentu dia jugak dpt perhatikan manusia ni ada yg sakit, ada yg kena gi klinik atau hospital. Tentu dia akan cr sebab, knp manusia ni sakit, apa penyebabnya?Apa penawarnya? Ada effect tak kat diorg? dan Untuk apa kita bina Hospital besar2 di merata tempat? Punyalah lama, berjuta-juta tahun dok buat pemerhatian dan kajian, menda sekecil tu pon tak nampak. Punyalah tunggu berdekad2 nak serang bumi, dpt bertahan beberapa hari je kat sini? Huh, buang karan jer lah alien tu. Tu lah pasal, sapa suruh gi hisap darah manusia2 tu. Ntah terhisap pesakit AIDS ker, ntah org kena Siplis ker, kan dah terjangkit. Mmg tak der hamba Allah yg sempurna di muka bumi ni.Hanya Allah sajalah yg Maha Sempurna.
Thursday, July 07, 2005
Kerana Tak Dengar Nasihat Agaknya.
Hingga hari ni, hati aku susah lagi. Ntah kenapa hal Ijah ni buat aku kacau. Agaknya pasal aku dah anggap dia kawan baik aku. Saat-saat mcm ni aku teringat balik kata-kata pegawai penyelia masa mula2 aku masuk keje dulu yg larang aku terlalu berbaik dgn forester. Aku buat tak kisah sgt apa dia ckp. Bg aku time keje, keje. Kawan pun tetap kawan. Asal dia tahu keadaan kat opis mcm ner, kat luar mcm ne.
Aku rasa hal ni ada kaitan dgn Bilik En.Wan
Mulanya mcm ni:- Beberapa bulan yg lepas, En. Wan telah ditukarkan unit. So, dia pon pindahlah ke bilik yg sepatutnya dan tinggalkan bilik lamanya.Kosong, tak berpenghuni. Ramai yg gesa agar aku berpindah masuk bilik tu sebab sememangnya aku layak punya bilik aku sendiri. Buat masa sekrg, aku hanya duduk di satu sudut sempit yg hanya didirikan board kompatmen. Aku malas nak pindah2 bilik. Nanti2 bila ada pegawai baru masuk ganti En. Wan, aku kena gak pindah kuar balik ke ruang sempit ni. Dan sejak hari tu, Ijah dan rakan seunitnya lah amik alih sementara bilik kosong tu. Aku tak penah kata Ijah tak layak duk bilik tu. Aku pon tak penah tegur dia pasal dia selalu bergayut kat tepon walaupon ramai yg gesa aku buat mcm tu. Aku tak kisah sgt pon walau aku kena duduk kat ruang sempit ni sedangkan rakan sejawatan ku punya bilik sendiri.
Baru-baru ni, ada org dtg ukur sana-ukur sini untuk buat sebuah bilik untuk aku. Jadi aku pikir, aku terpaksa tumpang juga bilik tu sementara diorg dtg berketak-ketuk nanti. Tak kan aku nak goyang kaki jer tak buat keje sementara tu. Dan aku pasti, ada org yg bising aku dok luar berterabur jer ntah mana-mana. Dan org akan mula bising pasal Ijah yg duduk di bilik tu. Aku tak mahu perkara tu ditonjolkan. Pagi tu, aku suarakan kat Ijah hasrat tu. Aku pasti aku hanya baru bgth Ijah saja pasal tu. Kebetulannya, tak lama selepas tu, Pn.S dan Mak D dtg halau dia keluar dr bilik tu. Aku tak pasti knp mereka bertindak mcm tu. Agaknya pasal ada org lain yg ckp sebab bukan sorg dua yg aku dengar dah mula memperkatakannya. Tapi yg pasti, ia mendatangkan ketidak puasan hati Ijah. Dia mula berubah laku. Aku tidak ditegurnya. Seolah2 melancarkan perang dingin. Tiba-tiba aku tersedar, dia mungkin menganggap aku yg mengajukan cadangan kpd Pn.S untuk duduk bilik tu hingga membawa kepada tindakan begitu. Hampir 92% hati aku berkata begitu.
Aku tahu aku kena buat sesuatu. Sebab bg Ijah aku yg salah. Mlm td aku dah tulis msg untuk sms dia. Tulis punya tulis, sekali aku tak der no dia laaaa. Semua no ada dalam enpon aku yg rosak tu. Dalam simkad ni plak satu no pon tak der.Aku simpan jer lah msg tu dalm enpon ni. Nanti aku akan mintak kak Siti no Ijah.
Dan sehingga sekrg dia tetap begitu. Aku mencuba juga untuk mencari2 jalan untuk berckp dgn dia tapi, dia tetap begitu. Ada dinding yg dia cuba bina. Samada aku perlu robohkan dinding tu atau aku pula yg akan bina dinding di pihak aku pula tapi aku tahu itu hanya akan keruhkan keadaan.
Bila dah terlalu baik beginilah jadinya. Baru aku tahu kenapa pegawai penyelia tu ckp mcm tu dulu. Kalau aku tak berapa baik dan rapat dgn dia, tentu aku tak susah hati mcm ni. Nantilah bila bilik aku siap, aku dok diam2 jer dlm tu.
Thursday, March 18, 2004
|
|